Program Advokasi PT3 SMJK Tiong Hua, Kolaborasi Bersama MCMC, PI PPR Taman Murni dan PI PPR Taman Mesra Sandakan
24 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini
Alhamdulillah program ini berjaya dilaksanakan dengan baik. Program yang bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari dengan bilangan peserta seramai 170 orang. Objektif program advokasi ini adalah untuk memberi pendedahan dan hebahan kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai SKMM, AKM98, Buli Siber, Jenayah Siber, Sebenarnya.my, Klik Dengan Bijak dan sebagainya.
Kami turut mengadakan sesi kuiz dan dalam masa yang sama kami juga mempromosikan PI masing-masing dengan memberi tayangan video tentang aktiviti yang kami telah lakukan sepanjang PI beroperasi. Selain daripada itu kami turut berkongsi pendapat tentang teknologi (ICT) dan kesan-kesan media-medial social. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput kami dan selamat maju jaya kami ucapkan kepada adik-adik di SMJK Tiong Hua Sandakan, Sabah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: