Tayangan Video Klik Dengan Bijak di PI Sg Kayu
29 Julai 2017 | Aktiviti Terkini
Aktiviti Tayangan Video Klik Dengan Bijak yang pertama kali dibuat di PI Sg Kayu berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan baik dari pihak pengguna PI. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk menerangkan kepada pengguna apa itu Klik Dengan Bijak dan memberi ceramah mengenai Klik Dengan Bijak. Kami turut membuka sesi soal jawap dengan pengguna.
Aktiviti yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Sg Kayu, selama 2 jam bermula dari 2 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang peserta. Pihak PI memberi pendedahan kepada pengguna khususnya pelajar-pelajar sekolah tentang keselamatan di Internet. Aktiviti tamat pada pukul 4 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: