Aktiviti Gotong-royong PI 2017
25 November 2017 | Aktiviti TerkiniAktiviti gotong-royong telah diadakan di Pusat Internet Kg Sg Kayu. Aktiviti berlangsung selama 3 jam dimana kami bersama-sama adik-adik membersihkan kawasan PI luar dan dalam. Objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk mencintai kebersihan tidak mengira masa dan tempat. Selain itu, aktiviti sedemikian mampu membentuk keperibadian seseorang agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Kawasan persekitan perlu dijaga dengan baik bagi mewujudkan suasana persekitaran yang bersih, cantik dan harmoni. Setelah selesai membersihkan PI, kami menjamah makanan yang telah disediakan. Aktiviti bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: