Aktiviti Do It Yourself
26 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 25 November 2018, Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan aktiviti Do It Yourself yang dihadiri pelajar sekolah rendah. Aktiviti dijalankan selama 2 jam bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sungai Kayu. Tema aktiviti DIY ini ialah mini book bersempena Back To School yang tidak lama lagi. Mini book dibuat sebagai nota kecil dimana mereka boleh menggunakannya sebagai nota kecil untuk rujukan. Aktiviti sedemikian mampu meningkatkan kreativiti minda pelajar dalam mencipta sesuatu. Pada masa yang sama aktiviti ini membantu mengisi masa lapang mereka dari benda-benda yang tidak berfaedah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: