Aktiviti Kemerdekaan 2018

27 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Sempena bulan kemerdekaan 2018, Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan aktiviti-aktiviti kemerdekaan seperti tayangan video kemerdekaan, pertandingan mewarna, pertandingan Word Search bertemakan kemerdekaan dan pertandingan menaip sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menanam semangat patriotism dikalangan remaja khususnya pelajar sekolah.

Aktiviti dilakukan pada setiap minggu sepanjang bulan kemerdekaan disertai seramai 15 – 18 orang pelajar. Selain itu, Pusat Internet Kg Sungai Kayu turut mengadakan aktiviti masa lapang sepanjang cuti sekolah seperti mewarna, Block Tower, kuiz sifir dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali