Aktiviti Sukaneka Pusat Internet 2018
1 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 30 November 2018, Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan satu aktiviti iaitu aktiviti sukaneka yang dihadiri seramai 15 orang ahli Pusat Internet Kg Sungai Kayu terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengisi masa lapang adik-adik yang sedang bercuti sekolah. Selain itu kami juga turut mengadakan pertandingan Sifir atas talian.
Pertandingan berlangsung selama 3 jam dari pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Aktiviti sukaneka yang dijalankan diadakan dengan jayanya dan adik-adik berasa gembira kerana aktiviti sedemikian dapat membantu mengembangkan pengetahuan mereka. Sukaneka yang bertajuk Cuba Lukis dan Teka bertemakan ICT dan umum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: