Program Hari Terbuka Pusat Internet Kg Sungai Kayu
9 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 8 Disember 2018, Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan Hari Terbuka Pusat Internet Kg Sungai Kayu bertempat di Pusat Internet Kg Sungai Kayu Batu 7 Sandakan. Program ini dibuat adalah untuk memberi hebahan dan menarik lebih ramai lagi penduduk-penduduk komuniti untuk turut serta dengan aktiviti yang dijalankan. Memberi hebahan kepada penduduk setempat akan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet Kg Sungai Kayu. Selain itu program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara Pusat Internet dengan komuniti.
Program yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 petang yang dihadiri lebih kurang 50 orang Berjaya dilaksanakan. Antara aktiviti yang diadakan adalah pendaftaran ahli percuma, pertandingan Word Search Online, pertandingan mewarna kanak-kanak tadika, sukaneka, kerusi muzikal dan cabutan bertuah. Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Tuan Mazlan Othman, Ketua Pejabat SKMM Cawangan Sandakan En Daffy Liamin serta En Malcolm Fraser James Labangka dari DiGi.
Dengan adanya program sedemikian ia dapat memberi pendedahan kepada warga komuniti tentang misi dan visi Pusat Internet iaitu membantu warga komuniti khususnya diluar bandar menjadi sebuah komuniti yang celik IT dan maju sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: