Bengkel Membuat Resume 2018

30 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29hb September 2018, Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan satu bengkel membuat resume yang dihadiri seramai 6 orang pelajar SPM, SMK Taman Fajar Sandakan. Bengkel bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 1.00 petang. Tujuan bengkel ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah SPM bagaimana membuat resume dengan betul dan tip-tip resume baik.

Pusat Internet Kg Sungai Kayu amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan pihak komuniti yang berminat untuk menghadari bengkel resume dimasa akan datang. Antara website yang pihak PI guna untuk membuat resume ialah Canva.com. Ia merupakan website yang sangat menarik dan sangat mudah digunakan malah ianya percuma untuk diakses oleh pengguna. Bengkel berlangsung selama 2 jam setengah dan alhamdulillah ia mendapat maklum balas yang baik dari pelajar-pelajar yang mengikuti bengkel ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali