Program Agihan Bubur Lambuk Sempena Ramada 2018
03 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPada 2 Jun 2018 pihak Pusat Internet Kluster Sandakan (Pusat Internet Kg Sungai Kayu) dengan kerjasama KEMAS dan anjuran Sukarelawan Amal Jariah telah mengadakan satu program amal ramadan agihan bubur lambuk telah diadakan di Taman Fajar Batu 7 Sandakan. Program bermula pada pukul 8.00 pagi iaitu aktiviti memasak dan membungkus bubur lambuk dan aktiviti agihan bermula pada 3.00 petang sehingga 5.30 petang dengan sasaran agihan sebanyak 2500 bubur lambuk.
Pihak Sukarelawan Amal Jariah, KEMAS dan Pusat Internet Kluster Sandakan ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri 2018. Diharap program sedemikian akan diteruskan bagi mengeratkan silaturrahim diantara komuniti Sandakan dan juga Pusat Internet. Program yang diketuai oleh Puan Ainul Mardhiah merupakan pengerusi Sukarelawan Amal Jariah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pusat Internet Kluster Sandakan yang terlibat dalam menjayakan aktiviti amal ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: