Aktiviti Gotong-Royong

28 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2018 Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan aktiviti gotong-royong bersama ahli-ahli PI. Gotong-royong bermula pada pukul 4 petang. Antara aktiviti yang dilakukan memungut sampah sekitar kawasan PI. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memupuk nilai-nilai menjaga kebersihan bukan sahaja di Pusat Internet kerana menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama tidak kira masa dan tempat. Seramai 9 orang ahli mengikuti aktiviti ini selama setengah jam.

Pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang kami mengadakan kelas ICT sebelum memulakan aktiviti gotong-royong. Diharap aktiviti sedemikian akan diteruskan dimasa akan datang. Setelah selesai mengadakan aktiviti gotong-royong pihak PI memberikan sedikit buah tangan kepada ahli-ahli PI yang datang membantu menjayakan aktiviti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali