Program Hari Belia Sabah (PI Malaysia MCMC)

5 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 & 4 November 2018, Pusat Internet Kluster Sandakan berkesempatan mengikuti program Hari Belia peringkat Sabah bertempat di Kompleks Sukan Sandakan. Program yang diadakan selama dua hari dengan pelbagai aktiviti, pameran dan pertandingan yang dibuat anjuran Belia Sabah. Pusat Internet Kluster Sandakan berkesempatan mengadakan aktiviti advokasi bersama belia-belia yang hadir pada hari tersebut. Selain itu kami turut membuat beberapa aktiviti kuiz KDB, pameran Pusat Internet dan juga aktiviti e-games iaitu permainan atas talian.

Hampir 200 orang belia dan juga ibu bapa telah berkunjung ke pameran Pusat Internet Kluster Sandakan. Kami juga mengadakan aktiviti lapang seperti tower block yang mana mendapat sambutan yang baik dari belia. Antara intipati advokasi yang kami berikan ialah buli siber, keselamatan internet, sebenarnya.my dan kami turut mempromosikan Pusat Internet yang ada di Sandakan seperti PI Kg Sebait Padas, PI PPR Taman Gum-Gum, PI PPR Taman Mesra, PI PPR Taman Murni dan PI Kg Sungai Kayu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali