Program Amal Anak-Anak Yatim Rumah Al-Yakin Sempena Ramadan 2018, Pusat Internet Kluster Sandakan

01 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Mei 2018 pihak Pusat Internet Kluster Sandakan (PI Kg Sungai Kayu, PI PPR Taman Murni, PI PPR Taman Mesra, PI PPR Taman Gum-Gum dan PI Kg Sebait Padas) @ Menarik Di Sandakan berkesempatan berkunjung ke Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Rumah Al-Yakin, Sandakan untuk memberikan sedikit sumbangan sempena bulan Ramadhan yang mulia pada 31hb Mei 2018 yang lalu.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk berkongsi serba sedikit tentang ilmu teknologi maklumat disamping beramah mesra bersama anak-anak di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Rumah Al-Yakin. Alhamdulillah kunjungi kami mendapat sambutan yang baik dari pihak Rumah Al-Yakin. Diharap program seperti dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali