Aktiviti Mewarna Quiver 2018
29 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 28 Oktober 2018, Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan satu aktiviti mewarna Quiver. Aktiviti bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Aktiviti ini dibuat bertujuan untuk mengasah bakat adik-adik dalam seni mewarna. Perlaksanaan aktiviti dibuat dengan membuka laman website Quiver di Google.
Selepas itu adik-adik diminta untuk memilih bahan lukisan untuk diwarna. Aktiviti berjalan selama 2 jam dan mendapat sambutan baik. Kami dari pihak PIM bercadang ingin membuat pertandingan mewarna dimasa akan datang dengan menggunakan Quiver. Selain itu, Quiver juga boleh didapati di Apple Store and Play Store (Android).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: