Pertandingan Dam Haji Online
10 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 9 Mac 2018 Pusat Internet Kg Sg Kayu telah mengadakan Pertandingan Dam Haji Online. Bilangan peserta seramai 10 orang dari pelajar sekolah SK Sungai Kayu. Aktiviti ini berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 2 petang sehingga 5 petang dibilik latihan ICT. Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk menguji kecerdasan minda pelajar dan meningkatkan proses pemikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Selain itu, pertandingan Dam ini juga memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar apa itu permainan atas talian. Seiring dengan transformasi gaya hidup yang berteraskan teknologi, aktiviti sedemikian serba sedikit dapat membantu pelajar membina keyakinan dalam diri mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: