Bengkel 3D SMK Taman Fajar

15 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Oktober 2019 Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan bengkel 3D dimana kami memberi tunjuk ajar dan pendedahan kepada pelajar sekolah tentang 3D, bagaimana mereka model 3D dan juga mencetak 3D. Bengkel berlangsung selama 2 jam setengah di bilik ICT SMK Taman Fajar Sandakan. Seramai 25 orang peserta yang turut hadir termasuklah guru.

Antara pengisian bengkel tersebut ialah memberi penerangan apa definisi 3D, kepentingannya dan bagaimana untuk mereke serta mencetak model 3D menggunakan mesin 3D yang kami sediakan. Selain itu kami juga mengajar bagaimana membuat 3D model menggunakan perisian SketchUp iaitu merupakan salah satu perisian 3D yang mudah untuk dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali