Program Advokasi Cybersafe
25 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 24 Februari 2019, Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan Program Advokasi bersama ahli-ahli Pusat Internet berkaitan dengan Cybersafe. Pengurus Pusat Internet memberikan ceramah tentang keselamatan internet iaitu Cybersafe. Antara pengisian program, penerangan apa itu internet dan keselamatan internet, langkah-langkah mengatasi/membendung jenayah siber, melayari laman sesawang Cybersafe Malaysia dan juga melayari permainan atas talian Cybersafe.
Tujuan advokasi ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna-pengguna Pusat Internet khususnya pelajar sekolah rendah dan menengah akan tentang bahayanya jenayah siber yang semakin berleluasa. Dengan adana kawalan kendiri dan pengetahuan tentang keselamatan internet pengguna mampu mengelak dan membendung jenayah siber seperti scam, penipuan atas talian, siber buli dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: