Program Pembudayaan Digital Asas ICT

29 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Julai 2019 Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan program Pembudayaan Digital Asas ICT bersama-sama dengan Biro Kebajikan Masjid Nur El-Nizam Kg Sungai Kayu di bilik latihan Pusat Internet. Program berlangsung dari pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari yang dihadiri seramai 14 orang peserta.

Tujuan program ini dibuat adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti tentang asas-asas ICT, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Sungai Kayu kepada pengguna, kepentingan mengetahui perkakasan komputer dan cara menggunakannya, perkongsian advokasi Sebenarnya.my dan juga aktiviti KAHOOT iaitu kami turut mengadakan pertandingan kuiz secara atas talian. Pihak kami berharap segala perkongsian yang kami berikan kepada komuniti dapat menarik lebih ramai pengguna datang ke Pusat Internet dan pada masa sama dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali