Program Advokasi Buli Siber & Tayangan Video

12 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Januari 2019, Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah program advokasi yang berkaitan dengan Buli Siber serta tayangan video. Program ini diadakan selama 1 jam dibilik latihan Pusat Internet. Tujuan utama adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah tentang buli siber yang semakin berleluasa.

Antara topik yang dikupas ialah mengenal pasti jenis-jenis pembuli siber, medium yang pembuli siber gunakan dan bagaimana mengatasinya sekiranya kita dibuli. Selain memberi penerangan kami turut memberi tayangan video kepada pelajar yang datang supaya mereka lebih faham maksud buli siber dan kesan buruknya kepada remaja terutamanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali