Ceramah Jenayah Siber, Kenali PI dan ASO MyFreeview SMK Tinusa

22 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2019 Pusat Internet Kg Sungai Kayu bersama-sama dengan MCMC Sandakan dan Kluster Sandakan telah mengadakan program advokasi kepada pelajar sekolah SMK Tinusa Sandakan. Program bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.30 petang. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah khususnya akan tentang jenayah siber yang semakin berleluasa. Taklimat disampaikan oleh Puan Lydrianna Koh iaitu dari MCMC Sandakan.

Selain itu, Pusat Internet yang terlibat bersama ialah PI PPR Taman Gum-Gum, PI PPR Taman Murni, PI Kg Sungai Kayu dan PI Batu Sapi. Kami memberi penerangan tentang apa itu Pusat Internet, apa perkhidmatan yang kami sediakan, aktiviti dan kemudahan yang ada. Kami turut mempromosikan MyFreeview kepada mereka tentang siaran digital yang telah dilaksanakan secara rasmi di Malaysia. Kini tiada lagi siaran analog kerana negara kita telah beralih ke siaran digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali