Aktiviti DIY

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2019, Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan aktiviti DIY bertemakan bebas dan Back To School. Aktiviti diadakan selama 2 jam dibilik latihan. Antara bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas A4, pensel warna, gunting, gam dan lain-lain. Untuk bahan rujukan, kami menggunakan Youtube dengan memberi tayangan video kepada pelajar. Antara kebaikan aktiviti DIY ialah memberi mereka kebebasan untuk mencipta sesuatu berdasarkan kreativiti mereka dan pada masa yang sama dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dalam mencipta menggunakan barang-barang terpakai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali