Program Hari Komuniti Anjuran Pusat Internet Sim-Sim Bersama Kluster Sandakan

6 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2019, Pusat Internet Sim-Sim telah mengadakan hari bersama komuniti turut bersama menjayakan program tersebut iaitu kluster Sandakan dimana Pusat Internet Kg Sungai Kayu juga terlibat bersama. Penolong Pengurus Nur Aziyan Sima sebagai wakil bersama-sama dengan Pusat Internet yang lain telah bekerjasama dan membantu menjayakan program ini.

Turut hadir iaitu Puan Lydrianna Koh dari MCMC Sandakan. Antara pengisian program tersebut memperkenalkan Pusat Internet Sim-Sim kepada komuniti, pendaftaran ahli, aktiviti riadah, kuiz, advokasi dan sebagainya. Program berlangsung dari pukul 9 pagi sehingga 2 petang dihadiri seramai anggaran lebih kurang 100 pengunjung yang tinggal disekitar Sim-Sim.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali