Advokasi Kenali Pusat Internet

30 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Oktober Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan advokasi kenali PI di bilik latihan Pusat Internet. Advokasi berlangsung selama satu jam dimana Pengurus memberi taklimat ringkas tentang Pusat Internet, fungsi, objektif, peranan, perkhidmatan yang disediakan dan pusat-pusat internet yang ada di Sandakan.

Seramai 10 orang terlibat dengan advokasi ini yang terdiri daripada pelajar sekolah dan pengguna PI. Advokasi Kenali PI dapat membantu komuniti mengenali lebih dekat akan misi utama Pusat Internet dimana kami menyediakan perkhidmatan internet, kelas ICT dan usahawan secara percuma kepada komuniti. Terdapat 7 pusat internet yang beroperasi di Sandakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali