Advokasi Jenayah Siber di Pusat Internet Kg Sungai Kayu

26 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2019 Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan advokasi Jenayah Siber kepada pelajar-pelajar sekolah di bilik latihan bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Perkongsian jenayah siber bertujuan memberi pendedahan kepada remaja apa itu jenayah siber, jenis-jenis jenayah siber dan bagaimana mengelak dari berlakunya jenayah siber kepada diri sendiri dan keluarga.

Kesedaran tentang jenayah siber yang semakin berleluasa amatlah penting kepada setiap pengguna ini kerana jenayah siber merupakan jenayah yang merbahaya dan memerlukan kesedaran serta kawalan kendiri akan tentang penggunaan internet dizaman yang serba canggih dan maju bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. Advokasi yang dihadiri seramai 10 orang terdiri daripada pelajar sekolah SMK Taman Fajar dan SK Kg Sungai Kayu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali