Program JomStudi SK Sungai Kayu

24 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Oktober 2019 Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan program JomStudi dimana kami memperkenalkan kepada murid-murid sekolah SK Sungai Kayu dan juga cikgu-cikgu yang hadir tentang hab pembelajaran digital iaitu JomStudi. Seramai lebih kurang 700 murid sekolah yang terlibat dari darjah 1 sehingga darjah 6. Selain itu kami turut melakukan promosi MyFreeview kepada murid-murid yang hadir serta memberikan sedikit taklimat mengenai Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali