Program Mobile Community Services
28 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 dan 27 Oktober Pusat Internet Kg Sungai Kayu bersama Kluster Sandakan telah terlibat dengan Program Mobile Community Services bersama MCMC Sandakan. Kami telah mengadakan pameran booth Pusat Internet dan telah menjalankan aktiviti-aktiviti seperti teka berat notebook dan juga model 3D, permainan atas talian Kahoot, kuiz Klik Dengan Bijak dan banyak lagi.
Pameran booth Pusat Internet dan MCMC dibuat selama 2 hari di Kompleks Sukan Sandakan sempene Program Mobile Community. Selain itu juga terdapat aktiviti agihan decoder Myfreeview kepada pengunjung yang layak menerimanya secara percuma. Selain pameran Pusat Internet dan MCMC terdapat juga pameran booth dari agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti SESB, FAMA, Kolej Komunti, Perpustakaan Bergerak dan banyak lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: