ASO MIV DTT MyFreeview Sejati Walk

12 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2019, peserta MIV DTT PI Kg Sungai Kayu telah membuat promosi ASO kepada penduduk sekitar batu 7 Sejati Walk tentang siaran digital MyFreeview. Kami menerangkan kepada orang ramai apa itu MyFreeview, bagaimana untuk mendapatkannya, bagaimana menyemak sekiranya anda layak menerima dekoder secara percuma, cara-cara pemasangan yang betul dan kelebihan siaran digital serta kebaikannya.

Anggaran orang ramai yang terlibat lebih kurang 50 orang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Selain itu kami juga turut menyebarkan flyers kepada penduduk sekitar sebagai hebahan dan sekiranya mereka ingin mengetahui lebih lanjut mengenai MyFreeview mereka boleh berhubung terus kepada pihak MyTv.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali