Program Hari Terbuka Pusat Internet Kg Sungai Kayu

23 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2019 bertempat di Pusat Internet Kg Sungai Kayu, kami telah mengadakan Hari Terbuka bersama komuniti yang berlangsung dengan selamat dan jayanya. Program bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 petang bermula dengan aktiviti pendaftaran ahli percuma dan kehadiran. Lebih kurang seramai 70 orang yang hadir ke Hari Terbuka yang kami adakan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan online puzzle untuk dewasa, kuiz klik dengan bijak untuk remaja dan cabutan bertuah.

Selain itu kami turut mempromosikan MyTv kepada komuniti yang hadir pada hari tersebut dan memberi taklimat keselamatan internet. Kami berharap dengan adanya program sedemikian dapat membantu mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti. Turut hadir bersama Pengurus dan Penolong Pengurus dari Pusat Internet PPR Taman Murni, PPR Taman Mesra dan Batu Sapi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali