Program Keusahawanan Bersama MARA Sandakan
30 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 29 Ogos 2019 bertempat di Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan program Keusahawanan bersama MARA Sandakan di bilik latihan Pusat Internet. Program berlangsung dari pukul 2.30 petang sehingga 5.00 petang yang dihadiri seramai 11 orang peserta dan taklimat disampaikan oleh pegawai MARA iaitu En Azhar Mohamed.
Tujuan program ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada ushawan kecil dan besar mengenai pembiayaan yang disediakan oleh pihak MARA dan membantu usahawan komuniti mengembangkan perniagaan mereka. Taklimat disampaikan oleh pegawai MARA Sandakan dimana beliau menerangkan tentang jenis-jenis pembiayaan, kelengkapan dan keperluan seperti mesin dan perkakasan. Dengan adanya program sedemikian ia dapat membantu usahawan menambah pengalaman dan ilmu dan pihak Pusat Internet Kg Sungai Kayu mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program keusahawanan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: