Pertandingan KAHOOT
20 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2019 Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan Pertandingan KAHOOT. KAHOOT merupakan pembelajaran pendidikan secara atas talian dimana ia menyediakan pelbagai latihan kuiz, soalan-soalan dan perbincangan yang boleh dilayari oleh sesiapa sahaja. Pusat Internet Kg Sungai Kayu mengadakan program ini dengan tujuan ingin memupuk minat komuniti atau pengguna PI untuk belajar dan berinteraksi secara interaktif menggunakan komputer.
Pertandingan meliputi subjek Sains, English, ICT, Matematik dan Bahasa Melayu. Pertandingan diadakan dari pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sungai Kayu. Semoga pertandingan sebegini dapat menarik lebih ramai pengguna untuk melibatkan diri dengan aktiviti atau program yang kami adakan. Kami mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang menang dalam pertandingan ini dan kepada yang tidak menang boleh cuba lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: