Advokasi Oversharing

21 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2020, Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan advokasi Oversharing kepada pengguna PI. Advokasi ini berlangsung selama setengah jam di bilik latihan Pusat Internet Kg Sungai Kayu. Tujuan advokasi ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada pengguna internet tentang bahayanya Oversharing dan langkah-langkah menanganinya.

Seramai 5 orang peserta terlibat yang terdiri daripada pelajar sekolah dan dewasa. Tujuan advokasi Oversharing ini untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat terutama pelajar sekolah bahayanya berkongsi maklumat diri secara meluas di media sosial. Hal ini kerana ianya boleh mengundang ancaman kepada keselamatan diri seperti penipuan, jenayah rompakan, gangguan seksual dan lain-lain lagi. Di Samping itu, beberapa langkah turut dikongsikan agar peserta dapat mengawal dan mengetahui cara untuk menggunakan media sosial dengan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali