Advokasi Ketagihan Internet di PI

9 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2020, Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan advokasi di bilik latihan iaitu tentang Ketagihan Internet. Seramai lebih kurang 10 orang pelajar sekolah yang terlibat dengan advokasi ini. Advokasi keselamatan internet merupakan salah satu inisiatif PI untuk memberi hebahan dan makluman kepada komuniti tentang bahayanya jenayah siber kepada masyarakat.

Advokasi berlangsung selama sejam di Pusat Internet Kg Sungai Kayu. Antara pengisian advokasi seperti, maksud ketagihan internet, kesan ketagihan internet, langkah-langkah mengurangkan ketagihan internet dan sebagainya. Dengan adanya advokasi yang dilakukan di Pusat Internet ia dapat membantu komuniti khususnya diluar kawasan bandar supaya lebih berhati-hati dan berhemah semasa melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali