Bengkel Asas ICT

20 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2020, Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan bengkel asas ICT. Seramai 16 orang peserta terlibat terdiri daripada pelajar sekolah dan dewasa. Bengkel asas ICT dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang asas komputer dan kegunaannya untuk kehidupan seharian. Bengkel berlangsung selama 2 jam dibilik latihan Pusat Internet.

Pihak kami menyediakan nota dan juga makanan kepada peserta yang terlibat. Bengkel asas ICT siri dua akan diadakan pada masa terdekat. Dengan adanya bengkel seperti ini ia dapat membantu komuniti luar bandar khususnya mengenali dan mempelajari asas komputer sebagai ilmu pengetahuan dimasa akan datang. Tahniah kami ucapakan kepada peserta yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali