Aktiviti DIY Youtube (Do It Yourself)

18 Janauri 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Janauri 2020 Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan aktiviti Do It Yourself di bilik latihan. Seramai 12 orang terlibat dengan aktiviti ini. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang remaja sekolah dihujung minggu dan melatih mereka untuk menjadi kreatif. Do It Yourself ini merupakan salah satu pengisian aktiviti untuk bulan Januari di Pusat Internet Kg Sungai Kayu. Antara keperluan yang digunakan seperti kertas A4 berwarna, gunting, pensel warna, gam, kotak dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali