Bengkel Future Skills For All

25 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Februari 2020, Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah menyertai bengkel Future Skills For All dari Arus Academy di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi UMS Kota Kinabalu Sabah. Bengkel ini bertujuan memberi tunjuk ajar tentang pengajaran Micro:bit iaitu pengaturcaraan kepada Pusat Internet (Digi), sekolah-sekolah yang terlibat, e-desa dan perpustakaan.

Pengajaran Micro:bit perlu dilaksanakan setelah habis bengkel. Kami dari Pusat Internet diberi tugas untuk menyampaikan ilmu tentang sains komputer kepada murid darjah 5 dan 6. Bengkel disampaikan oleh Alina Amir iaitu dari Arus Academy.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali