Pertandingan KAHOOT Online Siri 1

17 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2020, Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan pertandingan KAHOOT Online kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah. Antara subjek soalan termasuk Sains, Matematik, Bahasa Melayu, KDB, Teka-Teki, Bahasa Inggeris dan Pengetahuan AM. Seramai 14 orang terlibat dan dibahagikan kepada 5 kumpulan. Tujuan pertandingan KAHOOT Online ini dibuat adalah untuk menerapkan aktiviti interaktif melalui atas talian kepada pengguna PI dengan soalan-soalan yang lebih menyeronokkan. Pertandingan berlangsung selama 3 jam di bilik latihan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali