Hari Terbuka Bersama Komuniti

8 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Mac 2020, Pusat Internet Kg Sungai Kayu telah mengadakan Hari Terbuka bersama komuniti bermula pada pukul 9 pagi sehingga 1 petang. Hari Terbuka ini dibuat sekali dalam setahun bertujuan untuk mengeratkan ukhwah dan dalam pada yang sama memberi hebahan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang disediakan, kelas-kelas ICT dan usahawan serta advokasi yang dijalankan. Turut bersama-sama kami pada hari tersebut iaitu pihak Team Mobile Bergerak KWSP dan Coway.

Anatara pengisian hari terbuka, pendaftaran ahli percuma, kaunter KWSP dan Coway, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan word search untuk dewasa, pertandingan kahoot online Klik Dengan Bijak, advokasi kenali PI, taklimat ringkas Future Skills For All dan Classruum kepada ibu bapa yang hadir. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada komuniti Kg Sungai Kayu yang hadir pada hari tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali