Advokasi Oversharing (Terlebih Kongsi)

9 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Oktober 2021 Pusat Internet Komuniti Kg Sungai Kayu telah mengadakan advokasi atas talian melalui FB Live. Tujuan advokasi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang terlebih kongsi di internet, kesan dan bagaimana mengawalnya. Pada masa kini rata-rata kita menggunakan media sosial untuk berkomunikasi dan bertukar pendapat. Berkongsi maklumat itu tidak salah yang salah bila kita terlebih kongsi maklumat yang tidak memberi manfaat dan boleh memudaratkan keselamatan diri sendiri mahupun orang lain. Justeru kita perlu mengetahui etika dan langkah mengawalnya supaya kita dapat menjadi masyarakat yang bijak bila berkongsi maklumat.

Kami menggunakan platform Facebook untuk advokasi ini. Advokasi bermula pada pukul 11.00 pagi. Sambutan advokasi dari komuniti sangatlah baik walaupun secara atas talian. Diharap advokasi ini dapat memberi pendedahan kepada komuniti tentang tataterib melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali