Advokasi Peranan Ibu Bapa Melahirkan Warga Digital Hebat

16 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Oktober 2021 Pusat Internet Komuniti Kg Sungai Kayu telah mengadakan advokasi atas talian melalui FB Live. Advokasi yang bertajuk Peranan Ibu Bapa Melahirkan Warga Digital Hebat telah disampaikan oleh pengurus PIK. Ibu bapa merupakan “Role Model” kepada anak-anak. Tanggungjawab ibu bapa sangatlah berat dalam memastikan anak-anak selamat ketika melayari atau menggunakan internet. Ini kerana alam siber merupakan alam yang sangat merbahaya terutama kepada kanak-kanak yang dibawah umur. Ibu bapa berperanan memantau aktiviti harian anak-anak dialam maya dan mengajar mereka bagaimana menggunakan internet dengan betul.

Kami menggunakan platform Facebook untuk advokasi ini. Advokasi bermula pada pukul 11.00 pagi. Sambutan advokasi dari komuniti sangatlah baik walaupun secara atas talian. Diharap advokasi ini dapat memberi pendedahan kepada komuniti tentang tataterib melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali