Pengenalan Future Skills For All (FS4A)

23 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober 2021 Pusat Internet Komuniti Kg Sungai Kayu telah mengadakan aktiviti pengenalan kepada Future Skills For All. Apa itu FS4A? Ia merupakan sumber atas talian untuk memudahkan pengajaran dan menambahkan keseronokan dalam mempelajari kehebatan sains komputer. Antara pembelajaran yang boleh diakses Micro:bit, HTML, Phyton dan SQL. Aktiviti live ini dibuat untuk memberi pendedahan kepada komuniti khususnya kepada pelajar sekolah rendah.

Kami menggunakan platform Facebook untuk live ini. Ia bermula pada pukul 11.00 pagi. Terdapat banyak fitur-fitur yang boleh diakses untuk mempelajari sains komputer kerana ianya lebih interaktif dan seronok. Komuniti juga boleh datang ke PIK Kg Sungai Kayu jika ingin mempelajari FS4A.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali