Advokasi Keselamatan Internet Siri 1

1 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Julai 2021 Pusat Internet Komuniti Kg Sungai Kayu telah mengadakan advokasi atas talian melalui FB Live. Tajuk advokasi adalah Keselamatan Internet (Kawal Kelia Kendiri). Tujuan advokasi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang keselamatan internet, bagaimana mengawal selia kendiri dalam menggunakan internet secara atas talian. Advokasi berlangsung selama satu jam.

Kami menggunakan platform Facebook untuk advokasi ini. Advokasi bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Sambutan advokasi dari komuniti sangatlah baik walaupun secara atas talian. Diharap advokasi ini dapat memberi pendedahan kepada komuniti tentang tataterib melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali