Perkhidmatan Mobile Bergerak KWSP Sandakan di PEDi
26 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mei 2022 KWSP Sandakan telah mengadakan Perkhidmatan Mobile Bergerak di PEDi Kg Sungai Kayu. Program ini berlangsung dari pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Komuniti boleh bertanyakan soalan tentang produk dan perkhidmatan kepada pihak KWSP. Antaranya ialah I-Saraan, I-Suri, membuat permohohan VE Khas 2022 melebihi kadar berkanun 9% syer pekerja dan boleh mendaftar menjadi ahli KWSP bermula umur 14 tahun dan ke atas.
Komuniti diminta membawa kad pengenalan masing-masing dan juga telefon bimbit bagi memudahkan proses pendaftaran dan semakan. Selain itu juga pihak PEDi turut mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada di PEDi kepada komuniti. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KWSP Sandakan kerana sudi mengadakan program Mobile Bergerak mereka di PEDi Kg Sungai Kayu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: