Advokasi Klik Dengan Bijak Jenayah Siber
15 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2022 Pusat Ekonomi Digital Kg Sungai Kayu telah mengadakan advokasi atas talian melalui FB Live. Advokasi yang bertajuk Jenayah Siber telah disampaikan oleh pengurus PEDi. Tujuan advokasi ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang bahayanya jenayah siber yang semakin berleluasa. Dengan adanya advokasi ini serba sedikit memberi pemahaman kepada komuniti untuk lebih berhati-hati dalam melayari dan menggunakan internet.
Kami menggunakan platform Facebook Page untuk advokasi ini. Advokasi bermula pada pukul 3.00 petang petang sehingga 4.00 petang. Sambutan advokasi dari komuniti sangatlah baik walaupun secara atas talian. Diharap advokasi ini dapat memberi pendedahan kepada komuniti tentang jenayah siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: