Latihan PUPUK@SHOPEE Penjual Baru Keusahawanan

25 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2022, Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Kampung Sungai Kayu telah mengikuti latihan PUPUK dari SHOPEE iaitu Penjual Baru Keusahawanan. Latihan bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 1.00 petang secara atas talian. Tujuan latihan ini dibuat adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada Pengurus, Penolong Pengurus PEDi dan juga komuniti yang ingin memulakan perniagaan atas talian.

Sekiranya ada usahawan yang ingin menjual produk mereka secara atas talian khususnya di SHOPEE bolehlah datang ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang terdekat dimana kami ada menyediakan kelas usahawan secara percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali