Advokasi Klik Dengan Bijak di PEDi (Maklumat Palsu)
27 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 November 2022, Pengurus PEDi Kg Sungai Kayu telah mengadakan advokasi Klik Dengan Bijak Maklumat Palsu bersama pengguna PEDi. Seramai 6 orang pelajar sekolah telah mengikuti advokasi ini. Pengurus PEDi telah memberikan ceramah yang bertajuk Maklumat Palsu. Tujuan advokasi Klik Dengan Bijak dibuat adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang keselamatan internet.
Seperti yang kita sedia maklum, penyebaran maklumat palsu semakin hari semakin meningkat. Dengan adanya ceramah seperti Klik Dengan Bijak ia mampu memberi pendedahan dan kesedaran kepada komuniti tentang kesan buruk yang akan berlaku sekiranya kita menyebarkan berita palsu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: