Program Advokasi Klik Dengan Bijak 2022 SMK Gum-Gum Sandakan
1 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 30 November 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Sandakan telah mengadakan program Advokasi Klik Dengan Bijak di SMK Gum-Gum Sandakan Sabah. Seramai 500 orang pelajar termasuk guru-guru telah mengikuti program tersebut. Antara topik-topik advokasi iaitu Buli Siber yang disampaikan oleh Pengurus PEDi PPR Taman Gum-Gum, Cik Tuti Ema Yani Joseph, Pengenalan SKMM dan Maklumat Palsu dari Penolong Pengarah SKMM Cawangan Sandakan, Puan Lydrianna Koh.
Tujuan advokasi ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar-pelajar sekolah tentang keselamatan internet. Kami juga turut mengadakan aktiviti kuiz yang disampaikan oleh Pengurus PEDi Sim-Sim, Cik Sabariah Junir, Pengurus PEDi Batu Sapi, Encik Arib Muddin Buncho @ Bongso dan Pengurus PEDi Kg Sungai Kayu, Cik Siti Noor Maisarah Nita Gusla. Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua pelajar SMK Gum-Gum. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Sandakan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi peluang kepada kami mengadakan program advokasi Klik Dengan Bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: