Program Advokasi Klik Dengan Bijak 2022 SMK Taman Fajar Sandakan
2 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 1 Disember 2022 (Khamis), Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Sungai Kayu telah mengadakan Program Advokasi Klik Dengan Bijak di SMK Taman Fajar Sandakan Sabah bersama-sama PEDi Kluster Sandakan dan Puan Lydrianna Koh dari MCMC Cawangan Sandakan. Seramai 295 orang pelajar telah mengikuti program tersebut yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Antara topik-topik advokasi iaitu Buli Siber, Oversharing (Terlebih Kongsi), Maklumat Palsu, Pengenalan PEDi dan Kawalan Kendiri.
Tujuan advokasi ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar-pelajar sekolah tentang keselamatan internet. Kami juga turut mengadakan aktiviti kuiz kepada pelajar sekolah SMK Taman Fajar. Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua pelajar. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Sandakan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah SMK Taman Fajar Sandakan kerana telah memberi peluang kepada kami untuk mengadakan program advokasi Klik Dengan Bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: