Advokasi Klik Dengan Bijak Terlebih Kongsi di PEDi

24 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Julai 2022 kami telah mengadakan taklimat advokasi ringkas iaitu oversharing atau terlebih kongsi kepada ahli PEDi. Seramai 7 orang pelajar sekolah mengikuti advokasi ini di bilik latihan PEDi. Pengurus memberi ceramah tentang kesan terlebih kongsi diinternet seperti media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Selain itu juga pengurus menerangkan tentang maklumat atau informasi yang tidak seharusnya dikongsi di media sosial seperti alamat rumah, nombor telefon, nombor kad pengenalan, kata laluan dan sebagainya. Diharap perkongsian ini dapat membantu pelajar-pelajar sekolah agar lebih berhati-hati semasa melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali