Program Advokasi Klik Dengan Bijak SMK Batu Sapi
27 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 Julai 2022, PEDi Kg Sungai Kayu telah mengikuti Advokasi KDB di SMK Batu Sapi sempena minggu Teknik dan Vokasional. Program ini berlangsung selama 4 jam di dewan SMK Batu Sapi. Seramai 211 orang pelajar terlibat dengan program ini. Selain itu wakil-wakil dari PEDi Sandakan seperti PEDi Sim-Sim, PEDi PPR Gum-Gum, PEDI PPR Taman Murni, PEDI PPR Taman Mesra, PEDi Sebait Padas dan PEDi Batu Sapi juga terlibat dengan program ini. Turut bersama iaitu MCMC Sandakan, Puan Lydrianna Koh selaku penceramah untuk advokasi ini.
Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi turut serta memberikan ceramah kepada pelajar-pelajar sekolah tingkatan 4 SMK Batu Sapi. Antara topik-topik yang diterangkan pengenalan kepada PEDi, terlebih kongsi, undang-undang atau akta keselamatan internet, buli siber dan sebagainya. Diharap dengan adanya perkongsian advokasi Klik Dengan Bijak dapat memberi pendedahan kepada golongan belia khususnya pelajar sekolah tentang keselamatan internet dan jenayah siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: