Program Usahawan Bersama MARA Sandakan

28 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2022 PEDi Kg Sungai Kayu berkesempatan mengikuti Program Usahawan Bersama MARA Sandakan anjuran bersama PEDi Batu Sapi dan PEDi Botition. Program ini berlangsung selama 3 jam melalui atas talian iaitu Google Meet. Seramai 30 orang mengikuti program ini antaranya usahawan tempatan, Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi serta Rakan Digital.

Penceramah untuk program ini iaitu Encik Mohamad Azhar bin Mohamed, pegawai MARA Sandakan. Antara topik yang beliau terangkan iaitu pembiayaan perniagaan yang MARA tawarkan kepada ushawan-usahawan. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak MARA sebab sudi berkolaborasi dengan PEDi (Pusat Ekonomi Digital ) dalam membantu usahawan tempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali