Program Microbit Siri 1 bersama PEDi PPR Taman Mesra

23 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober 2022, Pengurus PEDi Kg Sungai Kayu telah mengadakan program Microbit Siri satu kepada ahli-ahli PEDi PPR Taman Mesra yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Program ini berlangsung selama satu hari di bilik latihan PEDi PPR Taman Mesra. Seramai 13 orang pelajar sekolah telah mengikuti program Microbit ini. Pengurus memberi tunjuk ajar tentang siri Microbit bermula dengan pembelajaran 1 sehingga 4 secara praktikal. Program siri 2 akan diteruskan sehingga pelajar-pelajar menghabiskan pembelajaran 1 hingga 10.

Microbit merupakan papan elektronik berteknologi dan bersaiz kecil. Ia perlu diprogramkan bagi membolehkannya melakukan sesuatu yang menarik. Papan elektronik Microbit lebih kepada seperti sebiji komputer kecik yang bersaiz poket. Ianya direka dan dibangunkan bagi mendorong anak-anak kecil atau pelajar sekolah belajar kemahiran pengkodan dan asas pengaturcaraan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali